Wednesday, January 27, 2010

TQ Teacher Ruby...

Baru dapat belajar........

CARA UNTUK MENGELAK SERANGAN VIRUS

Virus boleh menyerang komputer kita melalui internet, email, newsgroup dan sebagainya. Apabila virus memasuki sistem komputer kita maka virus tersebut akan tersebar kepada komputer lain melalui e-mail, fail atau folder yang dikongsi. Bergantung kepada jenis virus kerana terdapat virus yang akan merosakkan sistem operasi komputer dan terdapat juga virus yang hanya menyerang perisian dan fail tertentu sahaja.

Bahagian Sistem Rangkaian Kampus Polimas telah menyediakan kemudahan antivirus kepada semua pengguna domain Polimas. Antivirus yang disediakan ialah eTrust InoculateIT yang akan di update setiap hari daripada server polimas. Jika komputer anda tidak mengandungi perisian tersebut sila hubungi wakil jabatan Bahagian Sistem Rangkaian Kampus Polimas.

Walaubagaimanapun penggunaan antivirus tidak memberi jaminan seratus peratus bahawa sistem komputer kita tidak diserang oleh virus. Jadi untuk mengelakan serangan virus terhadap sistem komputer kita, sila ikuti langkah - langkah dibawah:

1) PASTIKAN anda scan disket dan tumbdrive dengan menggunakan perisian antivirus sebelum membuka fail yang terdapat didalamnya.

2) JANGAN sesekali membuka e-mail attachments daripada orang yang anda tidak kenali kerana fail yang di hantar mungkin mempunyai virus
terutamanya fail .exe, .vbs dll.

3) PASTIKAN anda log off akaun email anda selepas menggunakannya.

4) JANGAN memberi respon atau reply kepada email spam. Jika terdapat email spam sila forward email tersebut kepada administrator@polimas.edu.my

5) JANGAN sesekali menghantar maklumat penting seperti password, maklumat peribadi dan sebagainya walaupun kepada orang yang dikenali.

6) Sila mengikuti arahan administrator dari masa ke semasa kerana mungkin terdapat virus baru yang tidak boleh dihalang dengan menggunakan perisian antivirus yang ada.

Simptom Komputer Dijangkiti virus...


Awasi tanda-tanda berikut :

Objektif Kelab Komputer

1.Mendedahkan pelajar kepada kemahiran asas didalam komputer

2.Mendedahkan pelajar kepada kemahiran dalam perisian Microsoft Office seperti Words, Power Point dan Publisher

3.Memberi kesedaran kepada pelajar akan kepentingan menggunakan komputer dalam urusan pembelajaran

4.Membimbing pelajar untuk menggunakan komputer dan internet secara selamat dan berkesan

Wellcome......

Selamat Datang ke Kelab Komputer SK Taman Putra Perdana 2010

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates