Wednesday, June 23, 2010

Virus dan Cara Menjaga Keselamatan Komputer

A. Virus
Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.

B.Cara Menghapuskan Virus


Satu langkah mungkin untuk menghapuskan virus yang wujud dalam Windows XP ialah penggunaan alat yang dikenali sebagai Pemulihan Sistem (System Restore). Alat ini memulihkan registri dan fail-fail sistem yang genting kepada titik semak yang dahulu

Seringnya, sesebuah virus akan mengakibatkan sistem komputer tergantung, dengan pembutan semula keras akan merosakkan titik pemulihan sistem daripada hari yang sama. Titik pemulihan daripada hari-hari sebelumnya harus masih berkesan, asalkan virus itu tidak direka untuk merosakkan fail-fail pemulihan. Bagaimanapun, sesetengah virus, misalnya virus CiaDoor, akan mematikan pemulihan sistem serta alat-alat lain yang penting seperti Pengurus Tugas (Task Manager) dan penggesa. Virus mengubah suai registri dengan cara yang tepat sama dengan para pentadbir mematikan alat-alat tersebut atas berbagai-bagai alasan daripada pengguna-pengguna terhad, kecuali bahawa virus menyekat semua pengguna, termasuk juga pentadbir. Apabila sesuatu alat terjangkit diaktifkan, virus itu akan memaparkan pesanan, "Pengurus Tugas telah dimatikan oleh pentadbir anda", walaupun jika pengguna yang mencuba memulakan atur cara adalah pentadbir pada dirinya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates